Wednesday, 25 January 2017

Pengenalan kepada Law Of Attraction

Tak ramai rasanya belum kenal apa itu Law Of Attraction. Anda mungkin pernah membaca atau menonton 'The Secret' oleh Rhonda Byrne. The Secret memberikan impak yang besar dalam pengenalan LOA. Tidak familiar? sokay sini saya akan terangkan serba sedikit tentang Law Of Attraction.

Pada asasnya, LOA adalah 'like attracts like'. iaitu apa yang anda fikirkan, apa yang anda inginkan, akan terjadi kepada hidup anda tanpa anda sedari. Segala yang ada di dalam semesta adalah pada level asas tenaga yang digubah. contohnya, rumah yang anda miliki sekarang, kereta yang anda gunakan pada setiap hari, makanan yang anda makan malah tubuh anda pada dasarnya adalah tenaga. setiap jenis tenaga ada putaran getaran. tenaga ini yang mempunyai getaran yang sama bergeser antara satu sama lain. semakin anda fokus kepada kebaikan dalam hidup, semakin banyaklah yang menjadi nyata.

LOA terbuka kepada sesiapa sahaja yang hidup di bumi ini samada yang percaya atau tidak. seperti anda berfikir, apa yg terlintas di otak anda. semua itu menjadi apa yang anda inginkan. kedua-dua pemikiran positif dan negatif boleh menjadi nyata.
contohnya, jika anda fokus kepada segala kejayaan dalam hidup anda, kejayaanlah yang akan terus datang dalam hidup anda. kebanyakkan kita tidak mengambil berat kepada anda yang kita fikirkan. menurut LOA, bagaimana anda menarik kebaikan dalam hidup seperti itulah juga anda menarik keburukan. oleh itu, anda perlu mengawal apa yang anda fikirkan. fikirkan perkara yang  anda inginkan menjadi nyata sahaja.

Yang paling penting dlm LOA ialah PERCAYA. percayalah ianya akan menjadi kenyataan seperti yang anda inginkan. yakinkan diri anda semua itu akan terjadi. sekali anda pasti apa yang anda inginkan, fokus kepada itu dan percaya ianya akan jadi kenyataan. LOA tidak menjanjikan perubahan yang cepat. tapi, ianya akan datang kepada anda pada masa yang tepat. jangan persoalkan bila ia akan datang. tapi percayalah segalanya dalam perjalanannya.

--

No comments:

Post a Comment